Saturday 7 July 2012

APA ITU KENCING MANIS



Apa Dia Diabetes ?

Diabetes ialah satu keadaan di mana tubuh seseorang itu tidak dapat menggunakan KABOHIDRAT ( gula dan kanji ) di dalam makanan , dengan sempurna . Ini menyebabkan kadar gula yang berlebihan dalam darah .

Selepas di hadamkan makanan bergula dan berkanji bertukar menjadi GLUKOS . Glukos akan dibawa dalam darah kesemua bahagian badan .

INSULIN yang dihasilkan oleh organ PANKREAS membantu glukos memasuki sel-sel badan untuk digunakan sebagai TENAGA . Bagi orang yang menghidap diabetes , pankreas tidak menghasilkan insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan .


Tanpa insulin , sel-sel badan tidak dpat menerima bekalan gulkos dan pesakit akan berasa letih kerana kekurangan tenaga . Kadar gula dalam darah menjadi tinggi .Gula yang berlebihan ini akan keluar melalui air kencing .


Panduan Makanan Untuk Pesakit Diabetes

Kawalan makanan amat penting dalam rawatan penyakit diabetes . Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memelihara kesihatan .


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKANElak makanan yang terdiri dari makanan berkabohidrat yang mepunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan ini akan menambahkan gula dalam darah .
Contoh : - Pelbagai jenis gula , kuih – muih , biskut manis , kek , gula-gula , coklat , aiskrim , minuman ringan , sirap kordial , susu pekat manis , jem , kaya , madu dan minuman beralkohol .

MAKANAN YANG DIBENARKAN TANPA SEKATAN Makanan yang kandungan tenaga dan kabohidratnya rendah boleh dimakan dengan BEBAS.

· Semua Jenis SayuranContoh : - sawi , kangkung , bayam , kobis , kacang buncis , kacang panjang , bendi , tomato , terung dan sebagainya .

· Semua cecair dan minuman tanpa gulaContoh : - sup air , air kosong , teh dan kopi ‘o’ tanpa gula , teh cina , air limau , air bali tanpa gula
· Perasa dan PerencahContoh : - serbuk chili , kari , kunyit , rempah ratus , bawang merah , bawang putih , halia , lengkuas , serai dan sebagainya

· Semua daging tanpa lemak , ayam tanpa lemak dan kulit , tauhu , kuning telur ( 2-3 biji seminggu ) , ikan , ikan bilis tanpa kepala dan perut . Hadkan makanan tinggi kolestrol seperti makanan laut ( udang sotong , kerang , siput ) organ dalaman ( hati , otak , limpa , paru – paru )


MAKANAN YANG PERLU DIKURANGKAN / DISUKATMakanan ini mengandungi sedikit gula atau kabohidrat dan boleh dimakan tetapi perlu DIKURANGKAN.

Contoh : - Susu dan hasil tenusu , Bijirin dan hasil bijirin , kacang dan kekacang dan buah – buahan

KURANGKAN PENGAMBILAN KOLESTROL DAN LEMAK TEPUMakanan ini akan menambahkan berat badan dan menyumbat saluran darah . Ia meningkatkan risiko penyakit jantung , angin ahmar dan kegemukan .

Mengawal Berat Badan
Berat badan yang berlebihan adalah merbahaya . Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan .

Senaman menggunakan glukos darah membakar lemak- lemak dalam badan serta memperbaiki edaran darah dan menguatkan jantung anda

Bersenam selama 20 – 30 minit setiap kali sekurang-kurangnya 3 kali seminggu .


Panduan Am
Anda boleh menikmati 3 hidangan utama ( sarapan pagi , makan tengahari , makan malam )

Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu . Makanan yang dihadkan adalah makanan berkabohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah .

Tingkatkan pengambilan serat dalam diet . Ini dapat membantu mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan sembelit . Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh , buah – buahan , sayur – sayuran , kacang dan kekacang dan biji – bijian

Kurangkan penggunaan garam dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan kandungan garam .

Kurangkan jumlah pangambilan lemak atau minyak terutamanya lemak tepu seperti krim , minyak kelapa , santan dan krim salad .



No comments: