Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook!
Laman
sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini.
Namun, setiap di antara kita harus
berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi
apa-apa sahaja laman sosial.
Facebook sebagai contoh semakin pesat
menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi
penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.
Penggodam juga mencari maklumat melalui
perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit
penipuan identiti.
Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda
adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat
tersebut untuk kad kredit dan penyata bank.
Malah, ia turut mendekatkan anda kepada
kecurian identiti.
2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman
web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan
semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat
kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah
yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau
Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda
dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran
untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di
gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri
untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan
sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan
‘pemuas nafsu’.
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan
marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan
pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana
ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi
laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan
dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan
anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi
perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang
baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan
pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah
cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.
Penulis hanya ingin berkongsi maklumat
tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa
situasi yang pernah berlaku.
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.
Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.
Jika anda mempunyai pengalaman atau
pendapat, salurkan menerusi ruangan komen di bawah.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Digital Online
No comments:
Post a Comment