Thursday 12 July 2012

TERMA DAN SYARAT PROGRAM 3K TANPA 3M.





Terma-terma dan Syarat-syarat
Program Cabutan Bertuah Daftar Dan Menang
Program 3K TANPA 3M.

1.
Kelayakan Menyertaan Program

1.1.
Program Promosi Cabutan Bertuah Daftar dan Menang – ini terbuka kepada semua
di Malaysia dari 1 Julai  2012  hingga 31 Disember 2012 ("Tempoh Promosi")
tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat ini.
1.2.
Peserta yang membuat Pendaftaran pada Program 3K TANPA 3M yang
ditawarkan oleh SINAR HBC Marketing & Services.


2.
Kelayakan dan Hadiah

2.1.
Promosi Cabutan Bertuah - Promosi Cabutan Bertuah Daftar Dan Menang ("Promosi")
 ini terbuka kepada semua Pengguna Yang Layak (ditafsirkan di bawah) daripada
01 Julai  2012 hingga 31 Ogos 2012 ("Tempoh Promosi") tertakluk pada terma-terma
dan syarat-syarat ini.
2.2.
"Pengguna Yang Layak" merujuk kepada individu;

(i)
yang telah berjaya membuat pendaftaran ke  Program 3K TANPA 3M
(ii)
yang telah membuat pendaftaran dengan belian 2 botol Enerchi @RM150 atau 
4 Botol Enerchi @RM300 serta alamat e-mel yang sah.
2.3.
Semua kakitangan, Reseller dan Wakil Penganjur  tidak layak untuk menyertai Promosi
ini.


3.
Pelaksanaan Cabutan

         3.1.
        Di bawah Promosi ini, setiap Pengguna layak untuk 1 peluang cabutan bertuah tanpa mengambil kira jumlah pendaftaran yang telah dihantar (sama ada dipegang secara perseorangan atau secara bersama).  SINAR HBC Marketing & Services berhak untuk membatalkan penyertaan sesiapa sahaja yang dianggap wajar daripada Promosi ini.
3.2.
Cabutan untuk Promosi ("Cabutan") akan diadakan sebanyak sekali setiap 2 minggu, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2012. Pemenang akan dimaklumkan melalui laman web rasmi  http://www.mohamadmnoor.blogspot.com dan  e-mel milik pemenang.
3.3.
Hadiah-hadiah untuk Cabutan :


100 Buah Samsung Galaxy Tab 10.1
Minggu Pertama &Kedua: 01 – 15 Julai  2012 – Cabutan pada 12 Julai 2012
Minggu Ketiga &Keempat: 16 - 30 Julai 2012 – Cabutan pada 30 Julai 2012
 Minggu Pertama &Kedua: 01 – 15 Ogos  2012 – Cabutan pada 12 Ogos 2012
Minggu Ketiga &Keempat: 16 - 30 Ogos 2012 – Cabutan pada 30 Ogos 2012
 Minggu Pertama &Kedua: 01 – 15 September  2012 – Cabutan pada 12 September 2012
Minggu Ketiga &Keempat: 16 - 30 September 2012 – Cabutan pada 30 September 2012
 Minggu Pertama &Kedua: 01 – 15 Oktober  2012 – Cabutan pada 12 Oktober 2012
Minggu Ketiga &Keempat: 16 - 30 Oktober 2012 – Cabutan pada 30 Oktober 2012
 Minggu Pertama &Kedua: 01 – 15 November  2012 – Cabutan pada 12 November 2012
Minggu Ketiga &Keempat: 16 - 30 November 2012 – Cabutan pada 30 November 2012
 Minggu Pertama &Kedua: 01 – 15 Disember  2012 – Cabutan pada 12 Disember 2012
Minggu Ketiga &Keempat: 16 - 30 Disember 2012 – Cabutan pada 30 Disember 2012

3.4.
Pemenang hadiah akan menerima hadiah seperti 'seadanya'. SINAR HBC Marketing & Services tidak menjadi wakil atau memberikan apa-apa jaminan seperti kualiti, ketersediaan atau tujuan kesesuaian atau sebarang terma dan syarat lain berkaitan dengan hadiah-hadiah. Hadiah-hadiah mestilah dituntut oleh pemenang atas risiko dan kos sendiri dalam tempoh 2 bulan daripada tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan tanpa liabiliti kepada pemenang hadiah dan akan diagihkan oleh SINAR HBC Marketing & Services kepada badan-badan amal yang dianggap sesuai. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai, kredit atau seumpamanya.


4.
Umum

4.1.  
     Setiap Peserta hendaklah  membenarkan  SINAR HBC Marketing & Services untuk menghubunginya     melalui maklumat perhubungan yang diberi dalam sebarang bentuk dan cara yang mungkin dianggap sesuai oleh  SINAR HBC Marketing & Services.
4.2.
Pelanggan tidak layak untuk memenangi hadiah Promosi ini jika melanggar mana-mana terma dan syarat yang berkaitan dengan penyertaan peserta dalam kempen Promosi Cabutan Bertuah Daftar dan Menang. Jika sesiapa didapati melanggar syarat penyertaan atau tidak menepati mana-mana terma dan syarat di dalam ini, maka penyertaan individu terbabit tidak berhak atau tidak layak menyertai Promosi ini atau menerima sebarang hadiah.  SINAR HBC Marketing & Services boleh membatal atau menarik balik hadiah atas budi
bicaranya dan membuat tindakan lain yang dianggap sesuai oleh  SINAR HBC Marketing & Services atas budi bicara mutlaknya.
4.3.
SINAR HBC Marketing & Services. berhak, atas budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan notis atau memberikan sebarang alasan, untuk mengganti mana-mana hadiah dalam Promosi ini dengan sebarang hadiah lain yang sama nilai, yang dipilih oleh SINAR HBC Marketing &Services..
4.4.
SINAR HBC Marketing & Services tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana peserta dalam Promosi ini atau individu lain atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang timbul berhubung dengan Promosi ini, sebarang kesilapan dalam pengiraan peluang, mana-mana kerosakan atau kepincangan sistem komputer atau peralatan. Tanpa prejudis kepada perkara umum sebelumnya, SINAR HBC Marketing & Services tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kehilangan, kelewatan, tersalah alamat, kemusnahan, ketidaklengkapan, surat yang sukar dibaca dan/atau harga setem tidak mencukupi.
4.5.
Keputusan SINAR HBC Marketing &Services  terhadap semua perkara berhubung dengan Promosi, kelayakan mana-mana penyertaan dalam Promosi, asas dan kaedah untuk memberikan peluang, sebarang tarikh yang berkaitan dengan Promosi dan masa penerimaan maklumat kemas kini yang lengkap oleh  SINAR HBC Marketing &Services adalah muktamad dan mengikat semua peserta Promosi dan sesiapa sahaja termasuk sebarang keputusan untuk membatalkan atau menggantung Promosi. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
4.6.
Sekiranya berlaku ketidaksamaan antara terma dan syarat ini dengan mana-mana brosur, bahan-bahan pemasaran atau promosi berhubung dengan Promosi ini, maka terma-terma dan syarat-syarat  ini akan diguna pakai.
4.7.
SINAR HBC Marketing &Services boleh pada bila-bila masa, atas budi bicara mutlaknya, tanpa notis atau memberkan sebarang alasan, memotong, mengubah, menambah, meminda atau mengubahsuai mana-mana satu atau lebih terma dan syarat di sini. Selain itu,  SINAR HBC Marketing & Services berhak atas budi bicara mutlaknya tanpa perlu memberikan sebarang alasan untuk menamatkan Promosi tanpa sebarang liabiliti bagi pihaknya.
4.8.
        Setiap penyertaan dalam Promosi ini akan melindungi  SINAR HBC Marketing & Services daripada sebarang tuntutan, tindakan, kehilangan, kemusnahan atau kos (termasuk kos undang-undang terhadap asas perlindungan sepenuhnya) yang dibuat terhadap atau disebabkan oleh  SINAR HBC Marketing & Services berhubung dengan Promosi ini.
4.9.
Rekod (-rekod) dan dokumentasi  SINAR HBC Marketing & Services terhadap mana-mana perkara berhubung dengan Promosi ini akan terikat dan untuk semua tujuan dan dalam sebarang tindakan undang-undang.
4.10.
Tanpa prejudis kepada terma dan syarat ini, semua penyertaan dalam Promosi ini dengan nyata dan tidak boleh menarik balik, membenarkan dan memberikan kuasa kepada  SINAR HBC Marketing & Services untuk mendedahkan, memberikan dan menghuraikan maklumat mengenai butir-butir mereka kepada pihak yang terlibat dalam menganjur, mempromosi dan melaksanakan mana-mana aktiviti pemasaran atau promosi yang berkaitan dengan Promosi ini dan mana-mana pihak lain yang mungkin dianggap oleh  SINAR HBC Marketing & Services perlu, sesuai, atau wajar untuk tujuan atau berhubung dengan Promosi ini.
4.11.
Terma dan syarat akan dikawal dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia, dan peserta akan dianggap telah bersetuju untuk terikat dengan kuasa undang-undang Mahkamah Malaysia.





































































No comments: