Fakta Gula
1.
APAKAH
GULA?
o
Gula adalah karbohidrat
ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
o
Secara semulajadi, gula
boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi,
roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk
fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.
o
Selain terdapat dalam
bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang
dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.
2.
APAKAH
SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi
10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata
pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh
sehari (50g).
3.
APAKAH
CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?
o
Berdasarkan Kajian
Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan
gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu
teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu
pekat manis.
o
Berdasarkan jumlah
penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik
sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009
adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga
sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri
iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita
sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan
tenaga sehari bagi orang dewasa.
4.
APAKAH
KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
o
Pengambilan gula yang
berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
o
Pengambilan tenaga
harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat
badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya
diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
o
Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006
mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula
obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu
masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
o
Prevalens pesakit
diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga
telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun
2006 (NHMS III).
o
Gula juga boleh
dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian
Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun
adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun
(1997).
5.
TIPS
MENGURANGKAN GULA
a. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air
berkarbonat atau air sirap dan kordial.
b.
Pilih atau sediakan kuih
dan kek yang rendah kandungan gula.
c.
Gantikan manisan seperti
kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
d.
Kurangkan kekerapan
mengambil makanan yang bergula.
e.
Elakkan mengambil
makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
f.
Semak kandungan gula
pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di
bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama
makanan tersebut.
g.
Hadkan pengambilan gula
atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja
untuk setiap cawan minuman.
h.
Minta untuk kurangkan
gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
i.
Periksa kandungan gula
dalam label minuman.
j.
Elak mengambil minuman
yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur
7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
1.
Minumlah air kosong
berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
2.
Hadkan penggunaan gula,
susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh
sahaja untuk setiap cawan minuman.
3.
Elak atau hadkan
penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan
gula.
4.
Elakkan mengambil snek
dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
5.
Gantikan pencuci
mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti
buah-buahan.
6.
Baca label dan elakkan
produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai di
bahagian awal senarai ramuan.
7.
Pilih produk makanan dan
minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.
No comments:
Post a Comment